Tuesday, November 21, 2017

RESEPI NASI ARAB POWER

RESEPI NASI ARAB POWER

BAHAN NASI

2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren
Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

BAHAN TUMIS

1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.

3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.

4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.

5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.

6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

RESEPI AYAM

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
2.garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR

3 inci halia
2 biji kunyit hidup
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.

2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

RESEPI SALAD

1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya

( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

RESEPI AIR ASAM

3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan

(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)

Monday, November 20, 2017

RESEPI BISKUT MAKMUR

RESIPI BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN

*4cawan tepung gandum
*1 tin kecil minyak sapi
*2 cawan gula icing

BAHAN INTI

*1cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak(hancurkan)
*2kotak kecil kismis( potong kecil-kecil)
# gaulkan kacang dan kismis #

BAHAN SALUT

*gula ising secukupnye

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Ayak kan tepung gandum bersama gula icing.Kemudian masukan minyak sapi sedikit demi sedikit gaul sehinga menjadi doh

2.Ambil sedikit adunan leperkan dan letak sedikit inti,tutupkandan bentukakn menjadi bulat

3.siapkan loyang dan susun aduanan yg sudah dibulatkan tadi kemudian bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 15 minit

4.Akhir sekali apbila sudah masak salutkan dengan gula icing sedia untuk di hidang

Kredit resepi : suriani sarji

RESEPI PERAP AYAM BAKAR

RESEPI PERAP AYAM BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam
9 ulas bawang putih
3 batang serai - kerat nipis2 dulu
2 inci kunyit hidup
2 tangkai daun ketumbar
2 sudi besar cili blend
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar madu
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
1 sudu kecil Lada sulah
1 sudu kecil cukup rasa maggi
Garam & gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

Kisar semua bahan diatas kecuali ayam. bila dah kisar satukan dgn ayam.. gaul rata..perap ayam paling kurang 4 jam..kemudian boleh dibakar...boleh bakar dalam oven pada suhu 190c selama 1jam 15 minit atau sehingga ayam masak.

RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR

RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR

BAHAN-BAHAN:

36 kepung biskut oreo
5 sudu besar mentega cair
800 gram krim keju
⅓ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 cawan susu (suam)
8 gram gelatin

PENYEDIAAN:

* Pisahkan krim dari biskut oreo ke dalam 2 mangkuk yang berbeza.

* Letakkan biskut ke dalam beg plastik dan hancurkannya ke dalam serbuk halus dengan penggolek. Ketepikan 1/2 cawan serbuk untuk hiasan.

* Tuangkan serbuk biskut ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan mentega cair, gaul sehingga tekstur seperti pasir basah.

* Serbuk biskut ditekan supaya sama tebal di dalam kuali springform 9 inci. Ketepikan.

* Dalam periuk sederhana di atas api yang rendah, campurkan bersama krim keju, gula, krim oreo, dan esen vanila, kacau sehingga tiada ketulan.

* Dalam cawan ukur, campurkan susu dengan gelatin sehingga sebati. Tuangkan susu itu ke dalam campuran krim keju, terus kacau sehingga campuran mula menjadi gelembung sedikit. Keluarkan dari haba.

* Tuangkan campuran di atas serbuk biskut yg ditekan tadi. Menggunakan spatula atau sudu, rata bahagian atas.

* Taburkn serbuk biskut yang disimpan tadi di atas kek keju. kemudian simpan selama sekurang-kurangnya 4 jam.

* Buka springform pan, hiriskan dan hidangkan!!!

Credit to Tasty

RESEPI KEK KUKUS PANDAN

RESEPI KEK KUKUS PANDAN

BAHAN-BAHAN

1 cawan gula-
3 bji telur- }mix sampai gebuh & putih
1 sudu besar ovelatte -
1/2 cawan minyak masak }
1/2 cawan susu cair }jangan di lebihkan
Pewarna hijau separuh tutup
Perisa pandan 1 penutup besar }blh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder

-PASTIKAN SUKATAN MINYAK & SUSU CAIR TIDAK LEBIH.

CARA-CARA:

1.Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.

2.Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.

3.Mixer sampai sebati.

4.Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.

5.Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.

PERINGATAN:JANGAN LETAK SODA BIKARBONAT.
Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

CREAM CHEESE LELEH

1.Cream cheese Tatura 250 gram.
2.Susu cair suku cawan
3.Susu pekat manis setengah cawan.
(ikut manis sendiri)
4.Mixer semua sampai gebu.

-Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
-Parut cheddar cheese atas kek..

Kredit Resepi : ezzah nurafiqah

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN

Sotong (saiz besar)
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

RESEPI KUAH SHELL OUT

RESEPI KUAH SHELL OUT

BAHAN A (KISAR)

segenggam cili kering
1 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar
5ulas bawang putih

BAHAN B ( HIRIS NIPIS )

1 labu bawang besar
5 ulaa bawnag putih
5 helai daun kari
5-10 biji cili padi (ketuk)
2 batang serai .

BAHAN LAIN

sos tiram 3 sudu
sos ikan 3 sudu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh air limau
gula
garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1) tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bgi sedap) . lepas tu masuukkn bahan A . masak smpai garing .

2) dah garing masukkn bahan lain . perasakan bagi sedap . tak payah letak air sbb nnti seafood akan keluarkan air .

* dah siap masukkn seafood . lepas tu asingkan seafood tu . tggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit .

* lepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu . mmg sodappp oii !

* *seafood tu nak sedap please kukus tau ! supaya manis x hilang .
** brokoli , jagung , carrot rebus dulu ya dgn minyak bagi warna cantikk huhuhu

kredit resepi : Myra Suhaimi‎