Tuesday, May 22, 2018

RESEPI MEE HAILAM


RESEPI MEE HAILAM

BAHAN - BAHAN

2 bungkus mee kuning, 
(dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.)
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur - sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
Air rebusan/ Air Sup tulang ayam atau daging
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air )
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis


BAHAN KISAR

2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih


CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. 

2. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy di dalam. 

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. 

4. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. 

5. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

6. Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. 

7. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. 

8. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

9. Hidangkan bersama mee yang dicelur.



Sumber Resepi :
 FB Eny Yusnizar Abdullah 


RESEPI BISKUT SUJI VIRAL 3 BAHAN


RESEPI BISKUT SUJI VIRAL 3 BAHAN

BAHAN - BAHAN

 2 cawan tepung jagung
4 sudu susu pekat
 2 sudu butter

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaul semua sehingga menjadi doh. 

2. Pastu buat bulat - bulatkan dan tekan pakai pakai garpu.

3. Hiaskan biskut mengikut citarasa.. 

4. Bakar suhu 160'c selama 20 minit...


Sumber Resepi :
Ana Sue 

RESEPI MURTABAK DAGING KULIT POPIA


RESEPI MURTABAK DAGING KULIT POPIA

BAHAN - BAHAN

1 pek kulit popia(40pcs)
6 biji telur
Bahan inti(utk 40bj)
10 biji kentang potong dadu
2 pek kecil rempah kari daging dan ayam Baba's
1 paket (400g) daging kisar 
2 labu bawang besar hiris
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Air secukupnya
1/2senduk minyak untuk menumis

CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA MEMBUAT INTI.

1. Tumis bawang. Naik bau masukkan rempah kari yang di bancuh dgn sedikit air.
2. Bila naik minyak masukkan daging kisar. Agak empuk daging tersebut, Masukkan kentang dan air. Tunggu hingga kentang empuk. 

3. Masukkan gula dan garam. Tekan-tekankan sedikit kentang biar agak hancur.tambahkan air jika terlalu pekat .

4. Bila dah masak tutup api dan sejukkan.


CARA MENYEDIAKAN MURTABAK

5. Panaskan kuali leper atau kuali non-stick.letakkan minyak sikit.

6. Kocakkan 5-6 Biji Telur dan masukkan dlm inti.gaul sebati.

7. Amik satu keping kulit popia.Masukkan inti.lipat.

8. Masukkan dlm kuali. Balik - balikkan hingga masak.


Kredit resepi:
Selebriti Chef




RESEPI AYAM BUTTERMILK PALING SEDAP


RESEPI AYAM BUTTERMILK PALING SEDAP

BAHAN - BAHAN


2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA - CARA MENYEDIAKAN AYAM

1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.

2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.

3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. 

4. Perap selama 30 minit atau lebih.

5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. 

6. Angkat dan ketepikan.


CARA - CARA MEMASAK AYAM BUTTERMILK

1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.

2. Masukkan susu cair dan bawang besar. 

3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.

4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 

5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tip:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.



RESEPI SOS CILI THAI


RESEPI SOS CILI THAI


BAHAN - BAHAN

4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
2 sudu besar cuka
jus 1 biji limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung+ 2 sudu besar air
Daun ketumbar...cincang kasar.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Blendkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air.

2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan,garam dan gula. 

3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. 

4. Masukkan tepung jagung yg dicampur dgn air. Bila dah pekat tutup api.

5. Siap! 


Kredit Respi :
Page FB Viral oh viral



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER


RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

BAHAN - BAHAN

250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.

2. Masukkan esen vanilla.

3. Masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.

4. Panaskan oven suhu 150c.

5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.

6. Bakar suhu 150c selama 20-25 minit.

7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.

8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.

9. Cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.

10. Biarkan sejuk & siap utk dihidang...;)

Kredit Resepi: 
Page FB Aneka Resepi


RESEPI NASI SERAI


RESEPI NASI SERAI

BAHAN - BAHAN

4 cwn beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.

5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.

6. Masukkan daun pandan yang di simpul.

7. Masak dlm rice cooker hingga masak. 



Kredit Resepi :
 Roshima Ibrahim Shima


Monday, May 21, 2018

RESEPI SERUNDING IKAN


RESEPI SERUNDING IKAN

BAHAN - BAHAN

10kg ikan 
(Rebus n ambik isi)
1kg serai
1kg bawang besar
100gm cili kering
1kg gula
Segenggam garam
(Ikut citarasa)
Santan 1kotak kecik
Perasa 


CARA- CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk halus isi ikan yg dah siap rebus td..

2. Blend bawang,cili kering dan serai serta gunakan air sedikit

3. Masukkan Santan,gula,garam dan perasa..

4. Satukan semua bahan dlm kuali besar..

*kalau nak buat sikit boleh kurangkan bahan di atas

5. Masak sampai kering..

6. Gunakan ikan selayang@sardin besar n kembung.

7. Selamat mencuba..

RESEPI DIMSUM



RESEPI DIMSUM

BAHAN - BAHAN

Isi ayam
Isi udang
Cendawan shitake
Lobak merah
Tepung jagung
Telor
Minyak bijan

 *Isi ayam dan udang boleh hancurkan menggunakan food processor. 
kalau takde, boleh tumbuk atau cincang je sampai hancur.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Isi ayam dan udang yang telah dihancurkan.
Tepung jagung 2 sudu besar.
Lobak merah yang telah disagat.
Cendawan shitake yang telah dicincang halus.
Sebiji telor
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam
Gaul semua bahan hingga sebati

p/s : ada orang suka letak daun bawang.tapi saya tak letak.nanti anak tak suke
(Bahan yang telah digaul sebati)

2. Letakkan inti di tengah pastry.
Basahkan keliling pastry dengan air.tujuan untuk lekatkan pastry

3. Siap satu dimsum 

4. Untuk dimsum kukus.Kukus dalam 3@4 minit Sampai pastry tu jadi warna jernih.

5. Untuk dimsum goreng Goreng api perlahan sampai garing.

6.Untuk dimsum goreng cicah dengan sos thai. Sedapppp


Kredit Resepi :
Salimah Olie



RESEPI MEE BANDUNG SEDAP DAN LAZAT


RESEPI MEE BANDUNG SEDAP DAN LAZAT

BAHAN -BAHAN

1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur


BAHAN KISAR

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering


BAHAN HIASAN

3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.

2. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

5. Tutup api. Curahkan kuah di atas mee.

6. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi.

7. Siap untuk dimakan.



Kredit Resepi :
Page FB Seminit Resepi




RESEPI ACAR BUAH


RESEPI ACAR BUAH

BAHAN - BAHANNYA

1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.

5. Siap.

RESEPI WAJIK (PULUT MANIS) YANG MUDAH


RESEPI WAJIK (PULUT MANIS) YANG SANGAT MUDAH

BAHAN - BAHANNYA

Pulut 500 gram (gm)
Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
Gula kabung 2 buku
Daun pandan
Gula pasir (gula putih)


CARA - CARA MEMBUATNYA : 

1. Pulut 500 gm ditanak biasa. *pulut tu nak kukus pun boleh

2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

*Pasang api kecik sahaja semasa kacau ni.
*Daun pandan  sebagai pewangi.

3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

*Sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Siap!

Sumber Resepi : 
Sayudah Napisah

Monday, May 14, 2018

RESEPI KEK BATIK

 

RESEPI KEK BATIK

BAHAN - BAHAN

250 gm Butter/Margerin
Biskut Marie 600gm ( 2pkt)
Milo 1 cawan
Serbuk Koko 1 cawan
Nestum 1 cawan
Telur 3 biji
Susu pekat 1 cawan
Air 1 cawan

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Biskut Marie di patah - patahkan

2. Dalam kuali cairkan Butter.

3.Bila dah cair masukkan Milo,serbuk koko,susu kacau pekat sedikit

4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat.

5.Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie.Kacau rata.

6. Alaskan loyang atau bekas..dan alas dgn plastik

7. Masukkan adunan biskut marie tadi.Tekan bagi padat kemudian sejukkan dalam peti.


Kredit Resepi: 
Fatimah Ali‎



Friday, May 11, 2018

RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN TERLAJAK LARIS


RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN TERLAJAK LARIS

BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam (potong ikut suka)

BAHAN KISAR

2 labu bawang besar
3 bawang putih
Sedikit halia

BAHAN LAIN

4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

CARA - CARA MEMBUATNYA.

1.Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend. 

2.Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris. 

3.Masukkan rempah kerutuk (boleh pm admin untuk dapatkan rempah) yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.

4.Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. 

5.Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.

Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.


Sumber Resepi :
Page FB Senangnya Masak Sendiri.


Thursday, May 3, 2018

RESEPI NIKBAT TERENGGANU


RESEPI NIKBAT TERENGGANU

BAHAN - BAHAN

-1 bungkus tepung beras
-12 biji telur ayam
-500 gm gula
-5 helai daun pandan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.

2)Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

3)Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.

4)Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

5)Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

6)* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.