Monday, May 21, 2018

RESEPI DIMSUM



RESEPI DIMSUM

BAHAN - BAHAN

Isi ayam
Isi udang
Cendawan shitake
Lobak merah
Tepung jagung
Telor
Minyak bijan

 *Isi ayam dan udang boleh hancurkan menggunakan food processor. 
kalau takde, boleh tumbuk atau cincang je sampai hancur.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Isi ayam dan udang yang telah dihancurkan.
Tepung jagung 2 sudu besar.
Lobak merah yang telah disagat.
Cendawan shitake yang telah dicincang halus.
Sebiji telor
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam
Gaul semua bahan hingga sebati

p/s : ada orang suka letak daun bawang.tapi saya tak letak.nanti anak tak suke
(Bahan yang telah digaul sebati)

2. Letakkan inti di tengah pastry.
Basahkan keliling pastry dengan air.tujuan untuk lekatkan pastry

3. Siap satu dimsum 

4. Untuk dimsum kukus.Kukus dalam 3@4 minit Sampai pastry tu jadi warna jernih.

5. Untuk dimsum goreng Goreng api perlahan sampai garing.

6.Untuk dimsum goreng cicah dengan sos thai. Sedapppp


Kredit Resepi :
Salimah Olie



RESEPI MEE BANDUNG SEDAP DAN LAZAT


RESEPI MEE BANDUNG SEDAP DAN LAZAT

BAHAN -BAHAN

1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur


BAHAN KISAR

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering


BAHAN HIASAN

3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.

2. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

5. Tutup api. Curahkan kuah di atas mee.

6. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi.

7. Siap untuk dimakan.



Kredit Resepi :
Page FB Seminit Resepi




RESEPI ACAR BUAH


RESEPI ACAR BUAH

BAHAN - BAHANNYA

1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.

5. Siap.

RESEPI WAJIK (PULUT MANIS) YANG MUDAH


RESEPI WAJIK (PULUT MANIS) YANG SANGAT MUDAH

BAHAN - BAHANNYA

Pulut 500 gram (gm)
Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
Gula kabung 2 buku
Daun pandan
Gula pasir (gula putih)


CARA - CARA MEMBUATNYA : 

1. Pulut 500 gm ditanak biasa. *pulut tu nak kukus pun boleh

2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

*Pasang api kecik sahaja semasa kacau ni.
*Daun pandan  sebagai pewangi.

3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

*Sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Siap!

Sumber Resepi : 
Sayudah Napisah

Monday, May 14, 2018

RESEPI KEK BATIK

 

RESEPI KEK BATIK

BAHAN - BAHAN

250 gm Butter/Margerin
Biskut Marie 600gm ( 2pkt)
Milo 1 cawan
Serbuk Koko 1 cawan
Nestum 1 cawan
Telur 3 biji
Susu pekat 1 cawan
Air 1 cawan

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Biskut Marie di patah - patahkan

2. Dalam kuali cairkan Butter.

3.Bila dah cair masukkan Milo,serbuk koko,susu kacau pekat sedikit

4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat.

5.Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie.Kacau rata.

6. Alaskan loyang atau bekas..dan alas dgn plastik

7. Masukkan adunan biskut marie tadi.Tekan bagi padat kemudian sejukkan dalam peti.


Kredit Resepi: 
Fatimah Ali‎



Friday, May 11, 2018

RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN TERLAJAK LARIS


RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN TERLAJAK LARIS

BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam (potong ikut suka)

BAHAN KISAR

2 labu bawang besar
3 bawang putih
Sedikit halia

BAHAN LAIN

4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

CARA - CARA MEMBUATNYA.

1.Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend. 

2.Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris. 

3.Masukkan rempah kerutuk (boleh pm admin untuk dapatkan rempah) yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.

4.Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. 

5.Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.

Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.


Sumber Resepi :
Page FB Senangnya Masak Sendiri.


Thursday, May 3, 2018

RESEPI NIKBAT TERENGGANU


RESEPI NIKBAT TERENGGANU

BAHAN - BAHAN

-1 bungkus tepung beras
-12 biji telur ayam
-500 gm gula
-5 helai daun pandan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.

2)Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

3)Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.

4)Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

5)Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

6)* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.




Wednesday, April 25, 2018

RESEPI CORNFLAKE MADU

 

RESEPI CORNFLAKE MADU

BAHAN - BAHAN

Sebuku buttercup 250g
3sudu besar gula pasir
7sudu besar madu
3sudu besar susu pekat
Chocolate rice/bijan/kacang tanah hiasan sprinkle
500g nestle cornflakes

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan butter,gula,madu dan susu.
2. Sampai berbuih dalam kuali. Rehatkan dulu biar suhu suam

3.Curah kedalam cornflakes dan gaul rata. 

4.Isikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan.

5.Bakar selama 5 minit. 

6. Dah sejuk baru simpan dalam tupperware atau balang kedap udara.

Kredit Resepi: 
Irene Lee


RESEPI BUBUR PULUT HITAM SEDAP


RESEPI BUBUR PULUT HITAM


BAHAN - BAHAN

1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)

2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung


CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA - CARA MEMASAK BUBUR HITAM

1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. 

2.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.

3.Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. 

5.Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.


CARA - CARA UNTUK KUAH SANTAN

1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.

2.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. 

3.Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:

Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Kredit Resepi 
Che' Nom


Tuesday, April 24, 2018

RESEPI NO BAKE BLUEBERRY CHEESECAKE


RESEPI NO BAKE BLUEBERRY CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN

3 ounces biskut - dihancurkan
3 sudu mentega, cair
1 cawan frozen blueberries
3 sudu gula
2 sudu teh jus lemon
2/3 sudu teh serbuk gelatin
8 auns krim keju, dilembutkan pada suhu bilik
1/2 cawan yogurt biasa
1/2 cawan whipping cream
3 sudu gula
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar serbuk gelatin
10 buah blueberries segar (pilihan)
Bunga yang boleh dimakan (pilihan)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Hancurkan biskut dan gabungkan dengan mentega. Tekan campuran ke dalam pan dilapisi dengan kerajang aluminium.

2. Campurkan blueberries beku, 3 sudu gula dan 2 sudu teh jus lemon dalam mangkuk. Microwave selama 2 minit. Tambah 2/3 sudu tepung gelatin dan kacau dengan baik. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk, gabungkan keju krim, yogurt, separuh whipping cream, 3 sudu gula dan 2 sudu makan jus lemon. Gaul sebati..

4. Panaskan sisa krim ke dalam microwave. Tambah 2/3 sudu tepung gelatin untuk menggabungkan. Masukkan ke campuran keju krim dan kacau hingga rata.

5. Bahagikan campuran secara merata ke dalam tiga mangkuk berasingan. Tambah semua buah dan separuh blueberry cecair campuran ke dalam satu mangkuk. Tuangkan seluruh cecair ke dalam mangkuk kedua. Biarkan mangkuk terakhir seperti itu.

6. Tuangkan campuran cheesecake blueberry ke dalam kerak yang bermula dengan yang paling gelap, dengan campuran campuran cheesecake biasa. Dinginkan selama 2 hingga 3 jam. Hiaskan dengan blueberries dan bunga yang boleh dimakan jika sukerr...

Kredit Resepi :
Page FB Tastemade


RESEPI CHOCOLATE BRULEE CAKE


RESEPI CHOCOLATE BRULEE CAKE 


BAHAN KEK MOIST

1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan tepung kek
1 tspn baking powder


BAHAN CREME BRULEE

1 1/2 cawan whipping cream
3 tbsp susu pekat
3 biji kuning telur
50 gram cream cheese

BAHAN CHOC MOUSE

50 gram dark choc
200 gram whipping cream
1 tspn mocha emulco


BAHAN CHOCK GANACHE

50 gram dark choc
50 gram whipping cream


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Untuk membuat kek moist, satukan kesemua bahan melainkan telur, tepung kek dan baking powder.

2. Apabila adunan sudah sedikit panas, masukkan telur yang telah dikocak terlebih dahulu. Kcau rata.

3. Masukkan adunan tepung dan kacau rata. Masukkan ke dalam loyang dan bakar menggunakan kaedah 'steam-bath' selama 30 minit dan suhu 160

4. Untuk membuat creme brulee, panas kan kesemua bahan kecuali kuning telur. Pukul kuning telur di dalam bekas yang lain, dan masukkan adunan susu suam sedikit demi sedikit.

5. Lapiskan adunan brulee di atas adunan kek coklat moist tadi. Sambung bakar lagi 30 minit.

6. Untuk membuat choc mouse, cairkan coklat menggunakan microwave dan pukul whipping cream hingga kembang. Masukkan choc yang sudah cair dan mocha emulco ke dalam whipping cream.

7. Lapiskan choc mouse ke atas kek yang sudah disejukkan. Dan lapiskan atas sekali denga choc ganache. Sejukkan dan sedia dihidang



Kredit Resepi : 
Page FB Seminit Resepi

RESEPI KEK CAWAN COKLAT BROWNIES DENGAN KRIM PUTAR MENTEGA COKLAT


RESEPI KEK CAWAN COKLAT BROWNIES DENGAN KRIM PUTAR MENTEGA COKLAT

BAHAN - BAHAN KEK CAWAN COKELAT BROWNIES

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

BAHAN - BAHAN KRIM PUTAR MENTEGA COKELAT

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.


CARA - CARA MEMBUAT KEK CAWAN COKELAT BROWNIES

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.


CARA - CARA MEMBUATNYA KRIM PUTAR MENTEGA COKELAT

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Siap!

Kredit Resepi :
Page FB Viral Oh Viral


RESEPI KUIH BUNGA PUDAK


RESEPI KUIH BUNGA PUDAK

BAHAN INTI

1 biji kelapa parut putih
240gm gula
Garam secukup rasa
Perasa ros secukupnya
Pewarna merah secukupnya
Pewarna hijau secukupnya

BAHAN KULIT

240gm tepung pulut
250ml air (zaza buat dlm 150ml jerkk)
1 sudu teh garam halus


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.

2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.

3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit. 
* Air campur ngan garam kemudian renjis-renjiskan dalam tepung Sedit demi sedikit sampai abis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.

4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.

5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.

6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.

7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.

8. Siap!



Kredit Resepi: 
Zaza Rahman via resepi untuk suami dari isteri tercinta

RESEPI MAKARONI GORENG


RESEPI MAKARONI GORENG SEDAP

BAHAN - BAHAN

1 paket makaroni
1 biji bawang Holland (dipotong dadu)
 1 biji cili capsicum (dipotong dadu
1 biji carrot (dipotong dadu)
1 paket cendawan shitake (dipotong kecil)
1 paket daging cincang
1 botol sos spegetti (kimball/prego/lain2 brand)
Daun sup (dicincang halus)
2 kiub ayam
1 cawan kecil cili giling 
Sos cili (ikut rase nak banyak mana)
 Garam secukupnya
Blok cheese cheddar (parutkan)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Rebus makaroni hingga kembang dan toskan

2. Masukkan bawang Holland sehingga naik bau

3. Masukkan daging cincang sehingga masak

4.Masukkan cili giling sehingga garing

5. Masukkan sos spageti dan kiub ayam

6. Masukkan cili sos dan masak seketika.

7. Kemudian masukkan cendawan shitake,carrot,cili capsicum dan garam secukupnya.

8. Masak sehingga cukup rasa.

7. Kemudian masukkan makaroni dan daun sup gaulkan sehingga sebati.

8. Akhir sekali,Taburkan parutan cheese di atas.

9. Siap.


Kredit Resepi:
Page FB : Resepi Orang kita

RESEPI NASIB ARAB PEMIKAT SUAMI & MERTUA


RESEPI NASI ARAB PEMIKAT HATI SUAMI & MERTUA

BAHAN AYAM & NASI

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

BAHAN - BAHAN TUMIS

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
BAHAN SOS SALATOH

Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis


CARA - CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN AYAM

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

CARA - CARA MENYEDIAKAN NASI

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

CARA - CARA MEMASAK AYAM

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

CARA - CARA MEYEDIAKAN SOS SALATOH

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.


CARA - CARA MEYEDIAKAN SOS ZABADI

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Kredit Resepi :
Ketuk-ketuk Ramadhan.via bella amira rosli