Wednesday, March 21, 2018

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN

*Bawang besar sebiji
*Bawang putih 1ulas
*Kunyit hidup / serbuk kunyit
*Cili merah / cili padi
Serai
Asam keping
Santan separuh
Garam
Gula
Perencah hilal
Air

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Blend bahan yang ditanda ** dan tumis sekali masukkan serai dan asam keping.

2. Masukkan sedikit air dan ketam.

3. Last sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan.

*daun kunyit kalau ada boleh bubuh sekali.
*kalau masak udang dan lala pun sama je cara dia.

Kredit Resepi :
FB Memasak Dalam 30Minit.

RESEPI TERUNG BERLADO

RESEPI TERUNG BERLADO

BAHAN A

6 batang terung (potong kecil)
Garam

BAHAN B (tumbuk kasar):

4 cili merah (tambah jika suka banyak)
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
2 sdb udang kering

BAHAN C:

Gula
Garam
1 biji limau kasturi (kalau suka masam letak 2 biji)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Gaul terung dengan garam. Goreng sebentar. Asalkan dah lembut, ok la tu. Jangan lama sangat nanti warna terung tak cantik. Angkat. Masukkan ke dalam bekas.

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.

4. Perah limau. Kacau. Masukkan sedikit air jika suka berkuah. Jangan banyak sangat. Anggaran 1/4 cawan tu ok la. Kacau lagi. Rasa. Jika ok, tutup api.

5. Tuang sambal berlado tadi ke atas terung yang sudah digoreng. Siap.

Kredit Resepi :
Fb Noy Yullan

Tuesday, March 20, 2018

RESEPI KEK SPAN MARBLE SUSU VIRAL

RESEPI KEK SPAN MARBLE SUSU VIRAL

BAHAN-BAHAN

1 cup t/gandum
½ cup t/jagung
⅓ cup t/susu
¾ cup gula castor
¼ cup fresh milk
6 biji telo
40g ovalet
80g butter cairkan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Mix semua bahan kecuali butter sampai putih gebu.

2. Masukkan butter kacau sebati..

3.Bakar 170° api atas bawah 35-40min / sampai masak.

Kredit Resepi:
Chef Irfan Syazwanshah

Monday, March 19, 2018

RESEPI SAMBAL BELACAN TERANGKAT

RESEPI SAMBAL BELACAN TERANGKAT

*1 gengam cili kmpung
*1 lada besar
*4 cili merah
*belacan
2 bji limau
Air asam jawa (bancuh dgn air msak)
Gula
Sdikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan sedikit mnyak.Masukkan semua bahan bertanda *.tutup.Goreng sampai agak-agak layu sikit. Angkat.

2.Masukkan dalam lesung batu. Tumbuk kasar.

3.Masukkn air asam jawa dan gula.

4.Perahkan limau.Kalau suka masukkan skali kulit limau tu.Potong kecik-kecik sikit kulit limau tu...

5.Pastu gaul guna sudu.Siap.

Kredit Resepi :Dewiey Suhana

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

BAHAN-BAHAN

1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 biji Putih Telur
1/2 cawan Tepung Kentucky
2 sudu besar Butter
1 ulas Bawang Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 biji Cili Padi
1/2 cawan Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.

2.Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.

3.. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.

4..Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.

5. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

Kredit Resepi:
FB Resepi Memikat Suami

Sunday, March 18, 2018

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN-BAHAN

Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Halia(sikit)
Cili merah
Cili padi merah & hijau
Gula keret 1biji
Belacan bakar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis semua bahan-bahan sampai betul-betul layu smua bahan-bahan tadi.

2.Dah siap tumis semua, keluakan bahan tumis tadi dan blend kasar.

** Jangan blend halus sebab tak cantik.

3. Panaskan balik minyak. Masukkan bahan blend tadi dan tumis balik balik.

4. Tambah sedikit air supaya sambal tak terlalu garing

3. Tambahkan garam,gula & aji secukup rasa.

Kredit Resepi:
FB Mohd Azlie

Saturday, March 17, 2018

RESEPI SEKAYA LABU SEJUK

RESEPI SEKAYA LABU SEJUK

BAHAN-BAHAN

Sebiji labu
4 biji telor
3 sudu gula
Sekotak santan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Potong labu dan bersihkan isinya (rujuk gambar)

2.Campurkan telor, gula dan santan. Blend sekali.

3.Masukkan bahan blend tadi ke dalam labu.

4.Kukus dalam 45minit ke satu jam.

5.Dah masak, sejukkan dalam peti ais. Dah boleh makan.

**Tips nak bagi sekaya labu cepat masak,  bukak penutup labu lepas 15minit kukus. Sejukkan dulu sebelum potong kalau potong pepanas takut sekaya tak lekat dengan labunya.

Kredit Resepi : Jastia Taza.

RESEPI AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

RESEPI AISKRIM HIPSTER COKI-COKI

BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair
1 tin susu manis
4 tin air
2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
Secubit garam
3 paket choki choki

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.

2.Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas

3.Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.

4.Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.

5.Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.

6.Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.

**Anggaran aiskim 25-27 bungkus.

Kredit Resepi
FB Resepi Memikat Suami

Friday, March 16, 2018

RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN

Udang galah
Cili api
Kunyit hidup
Santan
Sedikit air asam jawa
Daun kunyit (dihiris)
Serai (diketuk)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat

2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam periuk yg telah dipanaskan

3. Tunggu hingga cili masak kemudian masukkan santan cair

4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai

5. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang galah dan akhir sekali hirisan daun kunyit

6. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa

7. Setelah masak, siap utk dihidangkan...dan dimakan..:)

Kredit Resepi
Fb Dapur Selera

RESEPI NASI GORENG TAMPAL MUDAH

RESEPI NASI GORENG TAMPAL MUDAH.

BAHAN-BAHAN
Resepi utk 2 orang mkn

Segenggam cili kering - buang biji dan basuh bersih
Segenggam ikan bilis
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Telur 2 biji, goreng hancur

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumbuk kesemua bahan, jgn bland ye.
Tumis smpai naik bau,

2.msukkn nasi skali dgn telur goreng hancur.

3.Perasakn dgn garam dan ajinomoto (x perlu letak kalau x suka).

4. Gaul rata, siap.

Kredit resepi
Nur Fazilah Aifin

RESEPI KASTAD TIRAMISU SEJUK

RESEPI KASTAD TIRAMISU SEJUK

BAHAN-BAHAN

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu makan gula (Cik Olie tambah tuk bagi maneh)
11 sudu makan tepung kastad
Air (sukutan sebanyak 5 tin susu yang kita guna tadi)
Biskut marie perisa kopi
Milo
Garam

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.

2. Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.

3. Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.

4. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.

5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Perghhh memang sedap!

Kredit Resepi
FB Solehah Yusoff

RESEPI KEK LAPIS APONG-APONG

RESEPI KEK LAPIS APONG-APONG

BAHAN-BAHAN

500gm Butter(loyang 8x8)
10 biji telur AA
1 sk esen Vanila
505gm susu pekat manis
80gm seri kaya
250gm tepung gandum diayak
150gm horlick
50gm serbuk santan
150gm gula apong(gula melaka pun boleh)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Butter + esen vanila di pukul sehingga putih berkrim.

2.Masukan telur satu persatu pukul sehingga kembang.

3.Kemudian masukkan susu + seri kaya pukul lagi.

4.Selepas itu masukan bahan2 kering seperti Tepung + horlick + serbuk santan pukul hingga sebati

5.Bahagikan kepada 2 adunan:
Kalau boleh asingkan dlu 150gm adunan ke tepi sebab nanti 1 adunan nak letak gula apong jdi nanti adunan sama banyak

a) bahagian pertama letak pewarna kesukaan anda.

b)bahagian ke 2 letak gula apong.

Kukus berlapis2...berselang seli hingga adunan habis..

Kredit Resepi :
Fb Recipes Collections

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN

1.Ubi keledek oren
2.Tepung gandum
3.Sedikit gula

Cara cara:

1. Rebus ubi keledek sampai empuk. Kemudian Lenyekkan.

2. Ubi keledek yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.

3. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.

4. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.

5. Angkat bila kekuningan. Klu admin, admin suka sira dengan gula. Korang terpulang la..

Siap!

Kredit Resepi
FB Viral Oh Viral

RESEPI CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

RESEPI CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1 3/4 cawan tepung gandum (* ayak)
2 sudu kecil baking powder (* ayak)
1/2 sudu kecil baking soda (* ayak)
2 sudu besar cocoa powder (* ayak)
3/4 cawan gula
3/4 cawan chocolate chips (*)
1 cawan susu segar (sy guna susu dutch lady)
1/3 cawan + 2 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila

Hiasan : Chocolate chips.

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Satukan bahan2 yang bertanda (* ayak) dalam 1 bekas.

2.Ayak semua bahan di atas, kemudia baru masukan (*) iaitu chocolate chips,

3.sebatikan dan ketepikan.

4.Dalam bekas lain, satukan esen vanila,telur,susu,gula, dan minyak masak sehingga sebati.

5.Kemudian masukan campuran tepung tadi dan pukul sehingga sebati.

6.Tuangkan dalam mangkuk kertas dan taburkan chocolate chips di atas adunan.

7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

** Gunakan chocolate chips dalam adunan dan juga di tabur di atas adunan.

Selamat mencuba.

Kredit Resepi :
Naazira Parveen

RESEPI AYAM BUTTERMILK LELEH

RESEPI AYAM BUTTERMILK LELEH

BAHAN-BAHAN

Ayam
Telur 1 biji
Tepung serbaguna
Serbuk kari sikit
Marjerin pelangi 4sudu besar
Bawang merah 1biji
Bawang putih 5 biji
Cili Api 4 biji
Daun kari 2tangkai
Susu cair separuh tin
Gula
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan telur dalam ayam, gaul rata.

2. Serbuk kari tambah dalam tepung serbaguna.

3. Ambil seketul ayam, celup dalam tepung serbaguna. Terus gorengkan sampai garing.

Cara sediakan buttermilk

1. Masukkan 4sudu besar marjerin, tunggu dia cair.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan daun kari.

3. Dah layu, masukkan susu cair separuh tin.

4. Susu dah mengelegak, masukkan ayam. Tambahkan gula dan garam.

5. Biar sampai pekat sikit. Tutup api, dah boleh hidangkan.

Kredit Resepi :
FB Akmal Hamid