Monday, April 27, 2020

RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER


RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER


BAHAN - BAHAN 
 ( UNTUK PERAPAN )

6 keping lamb shoulder
 Bahan kisar: 5 cm halia,
1 cm kunyit hidup,
 4 ulas bawang putih dan
4 ulas bawang merah
 3 sudu besar madu
 4 sudu besar Sos tiram
 4-5 sudu besar lada hitam kisar
 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
 1/2 sudu kecil jintan putih
 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
 Sedikit kicap cair penganti garam

.
CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
BAHAN - BAHAN SOS

 Saki baki bahan perapan
 2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh sos tomato
4 sudu besar lada hitam kisar
 2 sudu teh brown sugar

CARA MEMBUATNYA

1. Semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. 
2. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
3. sedia untuk dihidangkan bersama hiasan yang diingini.
.

RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


SUP AYAM

BAHAN - BAHAN

Ayam seekor potong kecik kecik
Bawang kecik merah 4 biji (hiris)
Bawang putih 3 bijik (hiris)
Halis dua inci (hiris nipis)
Kayu manis sebatang
 Bunga lawang 1 kuntum
Biji pelaga 3 biji
Rampah sup babas 4 sudu dibancuh
Garam
Air asam jawa
Serbuk Lada putih 1 sudu

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bahan yang dihiris bersama bijik pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.

2. Masuk bancuhan rempah sup.

3. Masuk kan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tu keluar air.

4. Masukkan air dua mangkuk

5. Tambah garam, lada putih.

6. Tutup dan biar mereneh.

7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Perasakn dengan garam atau mana2 yg tak cukup.. Agak2 la.hihi

8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuks.


BEGEDIL DAGING MUDAH

BAHAN- BAHAN

 Kentang 5 biji yang direbus
Bawang goreng.  Anggaran 4 bijik bawang kecik merah
Daging hancur tumis dengan minyak dengan lada hitam
Daun sup
 Lada putih
Garam secukupnya

CARA  CARA MEMBUATNYA

1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.

2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.

3. Gaul-gaul  macam biasa.

4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.

5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti bila goreng tak hancur.

6. Masa nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng smpai keperangan.


CARA - CARA PENYEDIAAN BAHAN LAIN

1. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.

2. Potong cili kemudian tambah kicap

3. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng, sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik2 isinya buat tambah sedap.


CARA HIDANGAN.

1. Masukkan Suun, Sup dan begedil.

2. Siap Untuk Dihidangkan


Kredit Resepi : 
Nur Adiba Hassan


RESEPI BREAD PUDING CHEESE


RESEPI BREAD PUDING CHEESE

BAHAN A

8 Keping White bread 
  1 tin Susu cair
 100ml Air
 2 biji Telur
250g Cream cheese

BAHAN B

  2 peket(plan) Agar - agar serbuk 
Susu pekat dan gula  ( Terpulang )
1 liter (1000ml) Air  
3 sudu makan Butter 


CARA - CARA MEMBUATNYA

Bahan A

Semua diblender sehingga hancur

Bahan B

 1. Masukkan bahan satu persatu dalam periuk dan gaul sehingga sebati.

2. Panaskan api. Kacaukan dalam 1 minit dalam api kecil.

3. masukkan Bahan A dan gaulkan.

4. Masukkan butter. Gaulkan dalam 4 minit sehingga adunan pekat menjadi pekat

5. Masukkan dalam loyang 9×9..

6. Biarkan sejuk...


RESEPI SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA


RESEPI SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA

.
BAHAN - BAHAN
.
Meatballs secukupnya (Abang guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
2 sudubesar butter
2 sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula
.
.
CARA- CARA MEMBUATNYA
.
1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.

2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.

4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.

Tips: 
Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.


Sumber Resipi: 
Danish Harraz 

RESEPI AIR MANGO DESSERT


RESEPI AIR MANGO DESSERT


BAHAN - BAHAN
 3 Cawan susu segar
* 1 paket serbuk jelly flavour mangga
(masak & sejukkan serta di potong dadu )
* 1/2 cawan whipping cream
(boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cawan susu pekat
(ikut manis yang kita nak)
* 1 cawan sagu 
(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
* 1 tin laici tin( ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)


CARA - CARA MEMBUATNYA
Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
Siap untuk di hidang.



Kredit Resepi : Fatien Zaini

Saturday, April 25, 2020

RESEPI KEK RINDU DENDAM


RESEPI KEK RINDU DENDAM


BAHAN - BAHAN

250g butter 
4 sudu besar gula 
1 sudu besar ovellet 
5 biji telur 
4 sudu besar susu pekat 
3 sudu besar kaya 
1 cwn horlicks 
1 cwn tepung roti Osborne 
2 pewarna yg disukai
Oreo utk melapis  (buang krim )


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter , ovellet dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.

3. Masukkan susu, kaya dan horlicks.

4. Masukkan tepung roti Osborne. 

5. Bahagikan kpd 2 bhgian.

6. Letak bbrp sudu utk setiap warna.

7. Selepas itu kukus satu bahagian ...lapiskan roti oreo. Letakkan bbrp sudu lg utk setiap warna.

8. Ulang proses hingga habis. 

*** Saiz loyang 6" × 6"


Kredit Resepi : 
Eda Francis


RESEPI BROWNIES COOKIES


RESEPI BROWNIES COOKIES

BAHAN - BAHAN

185gm dark choc - Berlys
40gm buttercup 
95gm gula icing boleh kurang kalau tak suka manis
50gm tepung gandum
Telur 2biji 'B - pastikan baru *penting 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan coklat tadi kaedah double boil

2. Bila telah larut masukkan butter dan kacau keduanya hingga larut * Angkat dan biarkan suam seketika

3. Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur guna hand mixer sehingga nampak buih buih sedikit dan masukkan gula icing dan putar sebentar .

4. campurkan adunan telur kedalam adunan coklat tadi (pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke-sejuk)

5.  masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat + telur itu.

6. Kaup balik dengan kasih sayang yea bukan di putar di godek ikut syok ..just lemah lembut sahaja..

7. siap dan masuk kedalam piping bag.

8. Panaskan oven

9. Panaskan parchment paper atau silicon mat pipe kan adunan coklat tadi sebesar duit 20sen lama  hingga habis dan boleh la nak di hias dengan badam atau kekacang lain atau plain sahaja.

10. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' ikut oven masing masing selama 15min/20min

11. Untuk dapatkan cookies berkeadaan chewy just bakar dalam 10-15min kalau nak garing dalam 15-20 min.


Kredit Resepi: 
Syida Hana