Thursday, May 31, 2018

RESEPI MEE RACUN


RESEPI MEE RACUN

BAHAN - BAHAN

600g mee kuning 
1/2kg tulang kambing gearbox yang telah direbus 
20 tangkai cili kering (dikisar) 
5 biji bawang merah (dikisar) 
3 biji bawang putih(dikisar) 
Minyak masak 
5 sudu sos tomato 
5 sudu sos cili 
1 sudu serbuk lada sulah 
1 sudu serbuk lada hitam 
1 sudu gula 
1 biji telur dadar (digulung dipotong kasar) 
1 biji kentang (dipotong wedges dan digoreng) 
50gm sayur sawi 
50gm kubis panjang (dihiris) 
Garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam. 

3. Masukkan air rebusan tulang tadi. 

4. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur 

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa 

6. Masukkan mee dan gaul rata 

7. Boleh hias dengan taburan daun bawang

8. Siap!


Kredit resepi
 iCookAsia, 
Resepi try MASAK


RESEPI RENDANG UDANG GALAH


RESEPI RENDANG UDANG GALAH

BAHAN - BAHAN

1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. 

2. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.

3. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.

4. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. 

5. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.

6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.


Kredit Resepi :
 Cik Cikputeh Puteh


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

BAHAN - BAHAN 

Ikan bilis (ikut berapa banyak nak buat)
Cili padi
Petai 
Bawang merah
Tempoyak
Garam & perasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk separa lumat.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk

3. Bila Tumisan agak garing , masukkan petai (buang kulit)

4  Masukkan tempoyak 

5. Kacaukan. Masuk garam atau perasa.Sekiranya terlalu pekat.Masukkan sedikit air.



Kredit Resipi 
Fini via Resepi Bonda



RESEPI KUIH BADAK BERENDAM


RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN - BAHAN

BAHAN DOH

3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air jus pandan 
(air + 4-5 helai daun pandan..blender..tapiskan)
Sedikit pewarna hijau.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tuang air jus pandan perlahan - lahan ke dalam tepung pulut. Gaulkan sebati. uli - ulikan jadikan doh.

2. Bulatkan doh (besar ikut suka) kesemuanya.

3. Kemudian leperkan doh. Isikan inti kelapa atau inti ikut suka.bulatkan semula

4. Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip.Toskan airnya.


BAHAN - INTI

1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak gula merah, gula melaka , air hingga larut..tapiskan

2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih.

3. Agak-agak nak kering. letak tepung gandum.gaul sebati


BAHAN  DADIH

5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan..simpulkan
Sedikit garam

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sebatikan bahan diatas (akak blender)..

2. Masak hingga naik wap.sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul

3. Kacau sampai sedikit likat yang secukupnya.


CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.

2. Sedia untuk dihidang




Kredit Resepi : 
Zura Zul via mahn

RESEPI BURASAK


RESEPI BURASAK

BAHAN - BAHAN
Bahan-bahan (untuk 10 orang)

Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih 
   api dikecilkan.

2. Masukkan garam secukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. 

3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.

4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. 

5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. 
 ** Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.

.

RESEPI KEK OREN


RESEPI KEK OREN


BAHAN - BAHAN

170 gm butter
115 gm gula halus@gula kastor
3 biji telur gred A
160 gm tpg gandum
1sudu kecil baking powder
kulit oren(1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tpg gandum bersama b. powder(ketepikan)

2. Putar gula bersama butter smp kembang

3. Masukkan telur satu persatu

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit

5. Last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau2 rata(guna spatula)

6. Panaskan oven 160@170 bakar selama 1jam (guna api atas bwh)



Kredit Resepi :
Zaimah Zakaria (


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA


RESEPI KEK LAPIS KUSINERO CINTA

BAHAN-BAHAN

16OZ mentega
360gm tepung hongkong (boleh juga guna tepung biasa)
12 biji telur (gred B)
3/4 susu manis
1 gelas gula halus
1 tin srikaya (tin besar)
2 sudu teh vanila
1 peket kecik Oreo(dibuang krim dan ditumbuk@dblend sedang halus)
1 gelas nestum (ori)
7 sudu makan Horlick
1 ketul cheese tartura
Pewarna pink Dan oren


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Mentega dan susu manis dipukul sebati kemudian masukkan srikaya dan vanila. Gaul rata 

3. Masukkan ke dalam bahan telur tadi dan gaul rata sekali lagi

4. Last masukkan tepung hongkong.

5. Bahagikan kepada 3:

Plain - cheese tartura + Oreo
Oren - horlick
Pink - Nestum (Nak kisar pun boleh tak nak pun boleh) 

6. Kukus berlapis-lapis mengikut turutan kaler yang anda suka

Tips:
Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus.
Lapisan pertama dikukus pada 5-7 mnit jika menggunakn periuk kukus.
Lapisan terakhir dikukus selama 30 minit atau sehingga masak.